Sunday, February 28, 2016
Sunday, July 5, 2015
The Power Of FOCUS
Sangat penting untuk kita belajar pada satu masa untuk memberikan segala tumpuan pemikiran, emosi, mata, telinga dan seluruh fizikal kita di dalam menjayakan SATU perkara yang penting.
Latihan terbaik adalah ketika solat. Ada sesetengah orang, waktu solat adalah waktu yang dia akan ingat semua perkara kecuali Allah swt, walaupun mulutnya kumat kamit baca surah tetapi ia tidak dibuat secara sedar atau penuh tumpuan.
Guru saya pesan, belajar fokus dalam solat, Insya-Allah kita akan mudah fokus dalam hidup.
P/S Pasti ada yang akan tanya macamana nak fokus dalam solat. Jawapan saya yang bukan orang agama, ia adalah sebagaimana kita fokus main game tembak babi atau sekhusyuk kita tengok drama swasta pada waktu maghrib atau sekhusyuk kita layan message di WA atau selayan kita khusyuk tonton hindustan.
Kita hanya akan dapat rasa fokus bila kita fokuskan seluruh minda, hati, jasad, akal dan ruh kepada CINTA dan SUKA dengan apa yang kita lakukan serta asyik, especially bila kita faham “ucapan” kita kepadaNYA.
Semoga Allah swt jadikan kita di kalangan orang yang khusyuk dan sabar dalam solat di zaman solat semakin ditinggalkan.
Wallahu A’lam.
dipetik dari http://azizanosman.com/power-focus/
Makna MEPS, Perkhidmatan telekomunikasi
The Malaysian Electronic Payment System, commonly known as MEPS,
is the only interbank network service provider in Malaysia. Malaysian
Electronic Payment System formerly known as Malaysian Electronic
Payment System Sdn Bhd is a payment consortium owned equally by
12 local banks. Its subsidiary companies are MEPS Currency
Management Sdn Bhd (MCM) and FPX Gateway Sdn Bhd (FPX).
MEPS plays the role in the implementation of smart card for
Automated Teller Machine (ATM) card, which is an upgrade to chip based card from previous
magnetic stripe card issued to all banks customer. The card is also known as Bankcard, a card
with multiple functions. There are three main functions that can be used namely Automated
Teller Machine (ATM) banking transactions, e-Debit transactions at participating merchants and
MEPS Cash. Also, you could load monetary value to your MEPS Cash with participating
merchants. MEPS provide the following services in its network to all participating banks.
|
Tuesday, September 13, 2011
Bab 7 Pelaburan
BAB 7 : PELABURAN
a} Maksud Pelaburan.
Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa
ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.
b) Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator.
Pelabur | Spekulator |
1. Membeli syer untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen/syer bonus. | 1. membeli syer pada harga rendah dan jual pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan. |
2. Beli syer untuk disimpan dalam jangka masa panjang dengan harapan prestasi syarikat berkem- bang dan harga syernya naik. | 2. Membeli dan menjual syer dalam jangka masa singkat untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga. |
3. Penglibatan pelabur mencergaskan pasaran saham dan mengukuhkan harga pasaran. | 3. Penglibatan Spekulator melemahkan pasaran saham kerana harga saham turun dan naik dengan tidak menentu. |
4. Pelabur sentiasa berhati-hati melakukan analisis kewangan dan memperolehi maklumat prestasi syarikat sebelum membeli saham syarikat. | 4. Spekulator sentiasa membuat ramalan sesuatu harga syer. Tindakannya dipengaruhi khabar angin, sikapnya keterlaluan boleh menjejaskan pasaran saham. |
JENIS PELABURAN.
a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.
- melabur di bank/institusi kewangan.
- Pelaburan tanpa risiko.
- Keuntungan rendah.
- Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
- Kelebihan :
1. Pulangan tetap.
2. Simpanan selamat.
3. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.
b) Harta Tanah.
- Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb.
mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan
pendapatan semasa.
c) Saham.
- pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus.
- Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan syarikat.
- 2 jenis iaitu : (i) Saham disenaraikan.
- saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.
(ii) Saham tidak disenaraikan.
- saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham
secara rasmi.
(i). Jenis Saham.
Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.
Syer Biasa. | Syer Keutamaan. |
1. Kadar dividen sentiasa berubah mengikut keuntungan syarikat. | 1. Kadar dividen ditetapkan oleh syarikat setiap tahun. |
2. Pemegang syer menerima dividen setelah pemegang syer keutamaan menerima dividen mereka. | 2. Pemegang syer dibayar dividen terlebih dahulu daripada pemegang syer biasa. |
3. Pelabur berhak mengundi untuk memilih Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat agung tahunan. | 3. Pelabur tidak berhak mengundi. |
4. Pihak terakhir untuk menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan. | 4. Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan. |
Syer keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :
- Kumalatif.
- dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika syarikat rugi pada
tahun kewangan lepas.
- Penyertaan.
- kadar dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.
- Boleh Tebus.
- Harga syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.
- Syer ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh masa.
- Boleh tukar.
- Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.
- Pemegang syer akan terima faedah sepertimana pemegang syer biasa.
(ii) Pulangan atas saham.
- dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan modal.
Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.
Kes Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen
12 % terhadap syer biasa.
Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.
Cara Pengiraan :
i). Pendapatan dari syer keutamaan.
5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00
ii) Pendapatan dari syer biasa.
5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00
iii) Pendapatan dari Debentur.
RM 3000 x 0.06 = RM 180.00
iv) Jumlah Pendapatan.
RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00
iii) Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
1. Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.
– BSKL menyediakan tempat untuk memudahkan pelabur
menjalankan urusniaga syer.
2. Menyebarkan maklumat kewangan syarikat kepada orang lain. - melalui media massa tentang kedudukan kewangan
sesebuah syarikat.
3. Melindungi kepentingan para pelabur.
dengan cara :-
- mengenakan syarat-syarat penyeneraian yang ketat.
- mewajibkan broker menyumbang wang tertentu kepada
Tabung Jaminan Setia untuk dibayar pampasan kepada
para pelabur yang tertipu.
- mewajibkan semua syarikat awam menerbitkan maklumat
tentang operasi, prestasi keuntungan untuk pengetahuan
para pelabur.
4. Menjalankan urusniaga saham.
- untuk memudahkan pelabur menjual syer dan perolehi
Wang tunai pada bila-bila masa.
5. Membantu mengumpulkan modal daripada orang ramai untuk pembangunan negara.
6. Menimbulkan minat melabur di kalangan orang ramai dengan menganjurkan pelbagai program.
Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.
1. Keadaan ekonomi Negara.
- Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga
Saham naik dan sebaliknya.
2. Keadaan Politik.
- Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik
dan sebaliknya.
3. Aktiviti Spekulasi.
-Spekulator yang membeli dan menjual syer akan
Mempengaruhi turun naik harga syer.
4. Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.
- Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap
menyebabkan harga saham naik dan sebaliknya.
5. Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.
- Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang di
pasaran, maka BNM akan mengurangkan kadar faedah
pinjaman.
- Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat
pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.
Cara Membeli dan Menjual Saham.
- Bagi saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker saham.
- Bagi menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :
(i). Penjual hubungi broker untuk memberitahu butir-butir saham yang
hendak dijual.
(ii). Broker menghantar maklumat tersebut di bilik padanan diBSKL.
(iii). Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada.
Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka
Urusniaga berlaku.
d) Unit Amanah.
- Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
- Diuruskan oleh pengurus professional.
- Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
- Risiko kerugian rendah.
- Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.
PANDUAN AM MELABUR.
1. Pelabur perlu mendapat maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.
2. Pastikan keuntungan maksimum boleh diperolehi samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.
3. Mengambilkira risiko dalam pelaburan. Jika pelabur kurang mahir, boleh melabur dalam pelaburan yang kurang risiko
dan sebaliknya.
4. Modal sedia ada. Sekiranya pelabur bermodal kecil sesuai
melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti Unit Amanah
atau di bank.
5. Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar kebentuk wang
tunai.
Contoh : aset mudah cair – simpanan di bank.
aset tidak mudah cair – harta tanah.
Bab 6 Pemilikan Perniagaan
BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN
CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN
1. Memulakan sendiri
- menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
- usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
- usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.
2. Mengambil alih
- membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
- perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
- pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.
3. Warisan
- mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store
4. Francais
- hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
- Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
- Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
- Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
- sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
- Contoh Marrybrown , England Optical
5. Diundang
- usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
- dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.
FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
1. Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
2. Memastikan modal mencukupi
3. Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan
berpotensi maju.
4. Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan
seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
5. Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa,
kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan
kuasa beli penduduk.
6. Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
7. Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang
strategi menghadapinya.
PENGENDALIAN PERNIAGAAN
1. Pengurusan stok
- stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa
akan datang
- pengurusan stok melibatkan aspek:
a. Mendapatkan bekalan stok
b. Memeriksa stok
c. Merekod stok
d. Menyimpan dan mengawal stok
e. Memperaga stok
2. Pengurusan kewangan
- melibatkan:
a. Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
- Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
b. Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan
- dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih
serta mencari pulangan modal.
c. Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan meningkatkan prestasi perniagaan.
- kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat, tingkatkan promosi.
3. Pengurusan sumber manusia
a. Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan
latihan kemahiran
b. Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat
penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan riadah dan ibadat.
c. Mewujudkan hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara
pekerja dan majikan.
d. Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja seperti
Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan
Ordinan KWSP 1955.
4. Pengurusan masa
- usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut
keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.
5. Pengurusan pelanggan
- melibatkan 3 aspek:
a. Memahami sifat pelanggan
b. Mengenalpasti jenis pelanggan
c. Mengetahui cara melayan pelanggan.
6. Pengurusan risiko
- ada tiga jenis risiko
a. Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat
diramalkan seperti kebakaran
b. Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan
secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan
seperti peperangan
C. Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti
kerugian yang berpunca spekulasi pelaburan.
7. Pengurusan maklumat
- maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi menjamin keberkesanan pengurusan.
- pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
1. MILIKAN TUNGGAL
- perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
- dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
- pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
- keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.
Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
- Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965
a. Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b. Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
c. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D
2. PERKONGSIAN
- perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
- pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah
Akta Perkongsian 1961
- ada tiga jenis rakan kongsi
a. Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif
dalam perniagaan
b. Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak
terlibat dalam perniagaan.
c. Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal
tetapi membenarkan nama disenaraikan sebagai
salah seorang pemilik.
- semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
- agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang
telah ditetapkan.
- keuntungan perkongsian tertakluk kepada cukai
pendapatan perseorangan.
Cara Menubuhkan Perkongsian
- sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi
Borang A - Halaman 3
a. Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b. Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
c. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan
- SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
- mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham
- perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada
ahli keluarga dan sahabat handai.
- semua pemilik menanggung liabiliti terhad
- saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham
dibuat dengan persetujuan ahli
- syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan
pemegang saham syarikat itu.
- keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam
bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.
Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
- ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
a. Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
b. Permohonan untuk mendaftar syarikat dengan mengemukakan:
i. Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta
penubuhan syarikat
ii. Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur
pengurusan dalam syarikat.
iii. Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
iv. Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
v. Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan
sebagai setiausaha)
c. Serahan dokumen
d. Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan pemerbadanan syarikat - Borang D
- SYARIKAT AWAM BERHAD
- perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang
ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
- saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik
melalui bursa saham.
- pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
- pemegang saham menanggung liabiliti terhad
- disenaraikan di bursa saham
- Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah
yang dilantik .
- Pemegang syer yang memiliki lebih 51% akan menguasai
Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat
- ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham
- Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai
setiap tahun.
- cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.
Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
- sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
a. Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15,
Akta Syarikat 1965
b. Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
c. Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti
berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.
d. Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
e. Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer
dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan
f Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar
Syarikat.
- KOPERASI
- Prinsip koperasi:
a. keanggotaan secara sukarela dan terbuka
b. kawalan secara demokratik oleh anggota
c. kebebasan dan autonomi
d. penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran
maklumat koperasi
e. perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.
- berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan
kebajikan anggotanya
- jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank,
koperasi pengguna
- contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
- pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang
syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
- setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
- koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
- liabiliti terhad
- koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa
mesyuarat agung.
- Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai
Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki
diagih dalam bentuk dividen.
- Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
- Koperasi dikecualikan cukai
Cara menubuhkan koperasi:
a. Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
b. Menubuhkan jawatankuasa penaja
c. Mengadakan mesyuarat agung
d. Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.
e. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.
- PERBADANAN AWAM
- ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk
menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti
perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
- ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab
menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan.
- Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.
- PENSWASTAAN
- merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan,
kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta.
- sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi negara.
- Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan
Tenaga Nasional Berhad.
Tujuan :
a. Mengurangkan beban kewangan kerajaan
b. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
c. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
d. Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap
e. Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)