BAB 7 : PELABURAN
a} Maksud Pelaburan.
Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa
ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.
b) Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator.
Pelabur | Spekulator |
1. Membeli syer untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen/syer bonus. | 1. membeli syer pada harga rendah dan jual pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan. |
2. Beli syer untuk disimpan dalam jangka masa panjang dengan harapan prestasi syarikat berkem- bang dan harga syernya naik. | 2. Membeli dan menjual syer dalam jangka masa singkat untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga. |
3. Penglibatan pelabur mencergaskan pasaran saham dan mengukuhkan harga pasaran. | 3. Penglibatan Spekulator melemahkan pasaran saham kerana harga saham turun dan naik dengan tidak menentu. |
4. Pelabur sentiasa berhati-hati melakukan analisis kewangan dan memperolehi maklumat prestasi syarikat sebelum membeli saham syarikat. | 4. Spekulator sentiasa membuat ramalan sesuatu harga syer. Tindakannya dipengaruhi khabar angin, sikapnya keterlaluan boleh menjejaskan pasaran saham. |
JENIS PELABURAN.
a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.
- melabur di bank/institusi kewangan.
- Pelaburan tanpa risiko.
- Keuntungan rendah.
- Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
- Kelebihan :
1. Pulangan tetap.
2. Simpanan selamat.
3. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.
b) Harta Tanah.
- Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb.
mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan
pendapatan semasa.
c) Saham.
- pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus.
- Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan syarikat.
- 2 jenis iaitu : (i) Saham disenaraikan.
- saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.
(ii) Saham tidak disenaraikan.
- saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham
secara rasmi.
(i). Jenis Saham.
Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.
Syer Biasa. | Syer Keutamaan. |
1. Kadar dividen sentiasa berubah mengikut keuntungan syarikat. | 1. Kadar dividen ditetapkan oleh syarikat setiap tahun. |
2. Pemegang syer menerima dividen setelah pemegang syer keutamaan menerima dividen mereka. | 2. Pemegang syer dibayar dividen terlebih dahulu daripada pemegang syer biasa. |
3. Pelabur berhak mengundi untuk memilih Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat agung tahunan. | 3. Pelabur tidak berhak mengundi. |
4. Pihak terakhir untuk menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan. | 4. Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan. |
Syer keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :
- Kumalatif.
- dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika syarikat rugi pada
tahun kewangan lepas.
- Penyertaan.
- kadar dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.
- Boleh Tebus.
- Harga syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.
- Syer ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh masa.
- Boleh tukar.
- Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.
- Pemegang syer akan terima faedah sepertimana pemegang syer biasa.
(ii) Pulangan atas saham.
- dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan modal.
Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.
Kes Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen
12 % terhadap syer biasa.
Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.
Cara Pengiraan :
i). Pendapatan dari syer keutamaan.
5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00
ii) Pendapatan dari syer biasa.
5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00
iii) Pendapatan dari Debentur.
RM 3000 x 0.06 = RM 180.00
iv) Jumlah Pendapatan.
RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00
iii) Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
1. Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.
– BSKL menyediakan tempat untuk memudahkan pelabur
menjalankan urusniaga syer.
2. Menyebarkan maklumat kewangan syarikat kepada orang lain. - melalui media massa tentang kedudukan kewangan
sesebuah syarikat.
3. Melindungi kepentingan para pelabur.
dengan cara :-
- mengenakan syarat-syarat penyeneraian yang ketat.
- mewajibkan broker menyumbang wang tertentu kepada
Tabung Jaminan Setia untuk dibayar pampasan kepada
para pelabur yang tertipu.
- mewajibkan semua syarikat awam menerbitkan maklumat
tentang operasi, prestasi keuntungan untuk pengetahuan
para pelabur.
4. Menjalankan urusniaga saham.
- untuk memudahkan pelabur menjual syer dan perolehi
Wang tunai pada bila-bila masa.
5. Membantu mengumpulkan modal daripada orang ramai untuk pembangunan negara.
6. Menimbulkan minat melabur di kalangan orang ramai dengan menganjurkan pelbagai program.
Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.
1. Keadaan ekonomi Negara.
- Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga
Saham naik dan sebaliknya.
2. Keadaan Politik.
- Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik
dan sebaliknya.
3. Aktiviti Spekulasi.
-Spekulator yang membeli dan menjual syer akan
Mempengaruhi turun naik harga syer.
4. Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.
- Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap
menyebabkan harga saham naik dan sebaliknya.
5. Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.
- Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang di
pasaran, maka BNM akan mengurangkan kadar faedah
pinjaman.
- Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat
pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.
Cara Membeli dan Menjual Saham.
- Bagi saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker saham.
- Bagi menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :
(i). Penjual hubungi broker untuk memberitahu butir-butir saham yang
hendak dijual.
(ii). Broker menghantar maklumat tersebut di bilik padanan diBSKL.
(iii). Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada.
Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka
Urusniaga berlaku.
d) Unit Amanah.
- Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
- Diuruskan oleh pengurus professional.
- Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
- Risiko kerugian rendah.
- Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.
PANDUAN AM MELABUR.
1. Pelabur perlu mendapat maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.
2. Pastikan keuntungan maksimum boleh diperolehi samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.
3. Mengambilkira risiko dalam pelaburan. Jika pelabur kurang mahir, boleh melabur dalam pelaburan yang kurang risiko
dan sebaliknya.
4. Modal sedia ada. Sekiranya pelabur bermodal kecil sesuai
melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti Unit Amanah
atau di bank.
5. Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar kebentuk wang
tunai.
Contoh : aset mudah cair – simpanan di bank.
aset tidak mudah cair – harta tanah.
No comments:
Post a Comment